Anda peminat lukisan karya Van Gogh tapi masih belum cukup bajet untuk terbang dan lihat lukisan beliau di MoMA Museum Of Modern Art? Atau anda ingin melihat mumia di Muzium Mesir? Sebenarnya anda tidak perlu pergi jauh sebab Google ada aplikasi yang membolehkan anda melihat karya seni di muzium serata dunia.

Google Arts & Culture adalah inisiatif Google untuk membolehkkan orang ramai melihat karya seni tanpa perlu untuk ke sana. Agak mustahil sebenarnya jika kita mahu pergi ke setiap muzium di seluruh dunia. Tetapi jika anda muat turun aplikasi ini, anda hanya perlu search muzium yang anda mahu, dan boleh lihat karya-karya hebat yang terletah di muzium tersebut. Tempat monumen bersejarah seperti Colosseum di Italy juga boleh dilawati melalui aplikasi ini.

Ianya sama seperti Google Street View, tetapi untuk karya seni. Lebih menarik ialah aplikasi ini turut memberi informasi tentang sejarah pelukis dan macam-macam lagi. Kalau anda berminat dengan lukisan pop-art, definisi pop-art dan artis terkenal di dalam bidang berkenaan turut dikumpulkan dalam aplikasi Arts & Culture ini.

Lebih 2,779 tempat boleh dipilih untuk anda jelajahi. Penerangan untuk setiap lokasi atau lukisan juga sangat teliti, di mana anda boleh dapat tarikh sesuatu lukisan itu dilukis sebagai contoh. Kalau anda memang sedang mencari inspirasi untuk berkarya, bolehlah muat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store.