Memang tidak dinafikan kriptowang bakal menjadi salah satu medium pembayaran yang sah lambat laun jua. Jadi, banyak syarikat gergasi mula menerokai arena blockchain agar tidak ketinggalan dengan peredaran teknologi.
Terbaharu, Google telah mengumumkan kerjasama strategik dengan salah satu penyedia bursa dagangan kriptowang popular iaitu Coinbase. Coinbase bakal menggunakan Google Cloud sebagai penyedia cloud termasuklah dalam memproses data blockhain mereka.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
Sementara Google Cloud pula bakal mengaktifkan ciri membayar menggunakan kriptowang untuk beberapa pelangan terpilih. Dalam masa yang sama, pihak pembangung juga boleh menggunakan kelebihan Google Cloud dan Coinbase dalam membangunkan sebarang aplikasi Web3 mereka.
Dengan kepakaran masing-masing, kedua-dua pihak turut menyasarkan untuk membolehkan lebih banyak inovasi berlaku pada pembangunan Web3. Malah, kerjasama ini bakal merancakkan lagi arena blockchain kerana kedua-dua syarikat ini boleh melicinkan sebarang operasi seharian dengan lebih optimum.