Google kini sedang menjalankan program yang akan membuka peluang kepada usahawaan muda untuk peroleh sebanyak RM500,000 untuk mana-mana perniagaan permulaan. Dana itu didedikasikan untuk menyokong syarikat baru yang diasaskan oleh wanita khususnya di rantau Asia-Pasifik.

Menurut laporanForbes, program yang dipanggil Google for Startups Women Founders Fund, yang menyediakan modal ekuiti percuma AS$100,000 (sekitar RM500,000) kepada enam syarikat baharu yang diasaskan oleh wanita tahun ini.

Baca Juga:

Bagaimanapun, dana ini hanya diutamakan kepada perniagaan dalam bidang kecerdasan buatan atau AI di India, Jepun dan Korea Selatan, sebelum berkembang ke pasaran Asia Pasifik yang lain.

Ketiga negara ini dipilih kerana Google melihat perkembangan perniagaan AI yang diasaskan oleh wanita melalui program Google yang lain. Seperti Google for Startup Campus di Jepun dan Korea, dan Startup School di India.