Tiada had usia sebenarnya untuk anda menggunakan telefon pintar dan teknologi yang terkini. Baru-baru ini, Google Malaysia membuat satu bengkel untuk membantu golongan warga emas untuk memaksimakan penggunaan telefon pintar mereka; bukan hanya digunakan untuk telefon orang dan sms sahaja.

Di bengkel Google ini, warga emas diajar menggunakan aplikasi-aplikasi yang bakal memudahkan kerja hidup mereka seperti aplikasi Google Calendar, Maps, Google Flights, Photoscan dan banyak lagi. Tetapi kebanyakkan mereka sangat berminat dengan aplikasi Photoscan, di mana mereka boleh simpan gambar-gambar lama secara online. Tak perlu risau kalau album hilang di mana-mana. Anda pun kena download aplikasi Photoscan ini kerana innya sangat awesome.

“Bengkel hari ini menunjukkan tiada usia khas untuk anda berhenti belajar teknologi yang berguna dalam kehidupan. Muat turun aplikasi-aplikasi di Google Store yang semestinya akan membantu dan memudahkan hidup seharian anda!” kata Zeffri Yusof, ketua komunikasi Google Malaysia.

Google Malaysia turut memberi Google Cardboard kepada setiap warga emas yang mengambil bahagian untuk mereka merasai sendiri dunia virtual reality(VR) di mana rata-rata memang pertama kali menggunakan VR di bengkel ini. Kami juga turut dapat satu. Nanti kami review Google Cardboard ini.