Kehadiran Google Maps yang dilancarkan sejak tahun 2005 sangat memudahkan perjalanan ramai orang untuk sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat. Kini aplikasi tersebut bukan sahaja boleh dinikmati oleh orang biasa bahkan boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cacat penglihatan.

Google Maps kini dapat membantu orang yang cacat penglihatan untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih selamat. Aplikasi tersebut yang dilengkapi dengan fungsi navigasi suara akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa mereka berada di jalan yang betul, memberi amaran jika laluan dihadapan mereka sesak serta memberi arahan untuk membelok jika terdapat selekoh di hadapan mereka.

Menurut Google, fungsi ini telah tersedia di iOS dan juga Android walau bagaimanapun cuma tersedia dalam Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan Bahasa Jepun di Jepun sahaja setakat ini.

Fungsi ini boleh diakses di bahagian tetapan Google Maps untuk mengaktifkannya. Syarikat gergasi dunia itu juga mengatakan sokongan untuk negara lain sedang dalam pembangunan.

Nak tahu bagaimana Google Maps meraih ke untungan walaupun ditawarkan percuma? Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bagaimana Google Maps Peroleh Keuntungan Meskipun Ditawarkan Secara ‘Percuma’

Rakyat Malaysia Lebih Cenderung Gunakan Google Maps Berbanding Waze

Bagaimana Untuk Menggunakan Google Maps Tanpa Sambungan Internet

Sumber