Menerusi acara Google I/O yang berlangsung pada pagi tadi, Google secara rasmi memperkenal telefon boleh lipat pertamanya iaitu Pixel Fold.

Pixel Fold dilihat berjaya mencuri perhatian dunia kerana menjadi titik permulaan buat Google bersaing di dalam pasaran telefon boleh lipat pula. Mari kita melihat spesifikasi Pixel Fold yang ditawarkan secara terperinci.

Baca Juga:

Google Pixel Fold

Sumber Gambar: Google Pixel

Pixel Fold ini dilengkapi skrin 5.8-inci OLED 102HZ dengan resolusi 2208 x 1840 dengan nisbah 6:5 dan perlindungan Ultra Thin Glass. Apabila dilipat, skrin di luar mempunyai saiz 5.8-inci OLED yang mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dengan resolusi FHD+.

Kemudian, ia dipadankan dengan cip Google Tensor G2, cip sekuriti Titan M2, memori 12GB LPDDR5 RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 4,821 mAh.

Sumber Gambar: Google

Sistem kamera utama pula terdiri daripada 48MP sudut lebar, 10.8MP ultra sudut lebar dan 10.8MP telefoto 5x zum optikal. Kamera swafoto di bahagian luar mempunyai tetapan 9.4MP manakala di bahagian dalam menempatkan lensa 8MP.

Terdapat pelbagai ciri kamera yang dimuatkan pada Pixel Fold yang menjadikan pengalaman fotografi yang baik. Antaranya termasuklah Magic Eraser, Photo Unblur, Potrait Light, Super Res Zoom dan Motion autofocus.

Sumber Gambar: Google

Seperti pada peranti boleh lipat Android lain yang tersedia dalam pasaran, terdapat mod untuk menggunakan skrin luar sebagai viewfinder untuk menggunakan kamera utama bagi mengambil gambar swafoto.

Terdapat sokongan Dual Screen Interpreter yang membolehkan perbualan dalam dua bahasa boleh dilakukan menerusi Translate. Selain itu, Pixel Fold juga mempunyai ciri memudahkan proses penggunaan multi aplikasi dan multi tingkap yang boleh dilakukan dengan pantas.

Sumber Gambar: Google

Antara ciri lain yang dimuatkan pada Pixel Fold adalah ciri pengesahan imbasan wajah dan cap jari, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, NFC, IPX8 dan sokongan dwi-sim. Menariknya, peranti ini menyokong kemas kini Pixel sehingga lima tahun lamanya.

Harga

Sumber Gambar: Google

Pixel Fold hadir dengan dua pilihan warna iaitu Porcelain dan Obsidian dengan tanda harga bermula $1799 (~RM8,020) untuk storan 256GB dan $1919 (~RM8,555) untuk storan 512 GB bagi seunit. Peranti ini sudah boleh dipra-tempah untuk beberapa negara yang terpilih.

Sumber