Jika sebelum ini dunia bola sepak dikejutkan dengan tajaan Spotify buat kelab bola sepak Barcelona, kini sebuah lagi syarikat teknologi bakal mengikuti langkah yang sama iaitu Google yang sedia berunding dengan kelab Tottenham Hotspur.
Menerusi rundingan awal yang dilaporkan, difahamkan Google berminat untuk mendapatkan penjenamaan nama pada stadium Tottenham Hotspur Stadium dengan nilai sekitar $250 juta (~RM1.1 bilion).
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
🚨 Google are in talks with Tottenham over a deal for the naming rights of their new stadium.
(Source: @David_Ornstein) pic.twitter.com/jq8rKnvcAH
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 10, 2022
Untuk pengetahuan, stadium Tottenham Hotspur pada ketika ini berjaya menempatkan 62,850 tempat duduk dan bukan digunakan pihak kelab, malah menjadi lokasi untuk perlawanan melibatkan sukan NFL dan juga ragbi.
Mengulas mengenai syarikat Google, pada ketika ini mereka telah mempunyai beberapa tajaan bersama pasukan melibatkan sukan-sukan berbeza terdiri daripada NBA, MLB dan juga yang terbaru adalah pasukan McLaren Formula 1.
Sekiranya kerjasama antara Google dan Tottenham ini termeterai, tidak mustahil trend syarikat teknologi bersama pasukan bola sepak ini bakal menjadi ikutan sekaligus meningkatkan nilai komersial kedua-dua pihak. Malah, stadium Tottenham Hotspur pada ketika ini mungkin dijenamakan sebagai Google Stadium.