Hampir sedekad bersaing dalam arena p-hailing atau penghantaran makanan kepada pelanggan, siapa sangka foodpanda mungkin menjadi milik syarikat pesaing terdekat mereka iaitu Grab menurut CNA.

Dilaporkan Delivery Hero selaku syarikat disebalik jenama foodpanda sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia meliputi Singapura, Thailand, Filipina serta beberapa negara lain kepada suatu pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun tidak dipastikan secara terperinci syarikat yang bakal mengambil alih foodpanda, difahamkan Grab turut muncul sebagai antara syarikat yang mungkin terlibat.

Sumber: Mashable Sea

Berdasarkan laporan awal, difahamkan, foodpanda dijangka bernilai lebih €1 bilion (~RM5 bilion). Walau bagaimanapun, pihak Grab masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi yang mengejutkan ramai ini.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Grab mengambil alih syarikat pihak pesaing. Sebelum ini, Uber Eats Malaysia turut diambil alih operasi oleh Grab pada tahun 2018.

Sekiranya laporan yang dikeluarkan ini tepat, pastinya ramai yang akan menyaksikan Grab bakal muncul sebagai syarikat besar dalam industri p-hailing di mana rider asal Grab atau foodpanda bekerja di bawah syarikat yang sama.