Grab Malaysia berganding bahu dengan MERCY Malaysia untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Tabung Bantuan Palestin.

Memetik kenyataan rasmi, syarikat e-hailing itu akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia.

Baca Juga:

Tambah Grab Malaysia, pihaknya sudah menjalin kerjasama yang erat dengan MERCY Malaysia sejak 2021, dalam pelbagai bantuan kemanusiaan di Malaysia bagi pengurusan bencana dan tabung bantuan banjir.

“Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekaligus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas.

“Grab Malaysia turut menyasarkan untuk memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi,” kata Grab Malaysia.

Bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab Malaysia akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini.

Terdahulu Grab menyangkal sebarang dakwaan netizen bahawa jenama itu menyokong mana-mana pihak selepas Chloe Tong, isteri kepada pengasas bersama Grab memuat naik mesej simpati terhadap warga Israel.