Bulan Oktober merupakan bulan yang penuh dengan majlis konvokesyen yang dilakukan oleh universiti-universiti di seluruh Malaysia. Majlis konvokesyen ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar mereka yang sudah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma mahupun Ijazah. Detik ini sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas membanting tulang dalam pelajaran.
Semalam, tular di laman Twitter, di mana seorang netizen, Are_Fieqq memuat naik sebuah video seorang gadis menerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3.99 (4flat) dalam keputusan akhir pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.
Full video! Sis bangga sama batch asasi dgn diaaa #doneclaim š pic.twitter.com/nK2HREyTGB
— Maisarah (@sleepyorked) October 19, 2019
Graduan yang bernama Nur Athirah Rushami Zien merupakanĀ pelajar Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Falsafah Undang-undang dan Perniagaan. Kejayaan gadis tersebut menjadi bualan hangat di media sosial sehinggakan videonya yang tular ketika mengambil ijazah telah mendapatĀ retweet sebanyak 63,600 kali di laman Twitter.

Rata-rata netizen memuji pencapaian gadis yang berumur 23 tahun ini diatas kejayaannya dalam memperolehi keputusan cemerlang dan anugerah dekan selama 7 semester berturut-turut. Malah, kejayaan gadis ini juga telah berjaya menarik perhatian ramai pihak termasuklah pelakon dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa.
Neelofa memuat naik satu posting di akaun rasmi Twitter miliknya mengucapkan tahniah dan berhasrat memberikan hadiah kepada gadis tersebut di atas kejayaannya.
Such a well composed and humble young lady. Congratulations to you! Please tag her in the replies if anybody knows her. Iād like to celebrate her success with a gift ā„ļø https://t.co/ssEhKhlkuY
— Neelofa (@Neelofa) October 19, 2019
Majoriti netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan gadis tersebut dan turut berbangga di atas pencapaiannya yang luar biasa itu.
beauty with brain indeed! aku lagi jealous dengan orang yang pandai dari orang yang cantik tapi dia ada dua2 lagi berganda jealous huhu
— ĖĶįµĖĶ (@jugullaeyo) October 19, 2019
https://twitter.com/jedi_of/status/1185584410956926976
https://twitter.com/myranees/status/1185542900978860032
Baru-baru ini kecoh graduan Universiti Malaya mogok ketika majlis konvokesyen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen
Graduan IT Dari Kedah Dan Sarawak Dilabelkan Sebagai ‘Hidden Gem’ Oleh LinkedIn