Melalui satu kaji selidikan, dilaporkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik inisiatif ekonomi madani yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Melalui laporan MalaysiaKini, kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dua NGO menyatakan bahawa seramai 2,457 daripada 3,000 responden, atau bersamaan 82 peratus memberikan markah A kepada ’30 Inisiatif Ekonomi Madani’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Laporan itu juga menyebut bahawa dapatan daripada kaji selidik ini membuktikan bahawa segala naratif negatif yang dibawa sesetengah pihak sebelum ini adalah tidak benar.

Kaji selidik itu dikatakan melibatkan 4,606 responden yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata daripada 21.5 juta pengundi.

Laporan kaji selidik itu dikeluarkan Naib Canselor UUM, Mohd Fo’ad Sakdan dan beberapa yang lain termasuk Pensyarah Kanan UUM, Kamarul Zaman Yusoff, Zainudin Omar dan Mazli Mutazam.

Dalam kenyataan UUM kepada Sinar Harian, difahamkan bahawa inisiatif yang paling mendapat sokongan ialah usaha Kerajaan Perpaduan membantu golongan yang memerlukan, khususnya golongan miskin.

“Antaranya inisiatif mendorong Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) menyumbang RM60 juta kepada pesawah miskin yang mendapat 96 peratus sokongan berbanding dua peratus bantahan, manakala inisiatif menoktahkan miskin tegar pula mendapat 93 peratus sokongan berbanding tiga peratus bantahan.

“Turut mendapat penerimaan tertinggi responden adalah inisiatif pemberian sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin yang mendapat 93 peratus sokongan berbanding empat peratus bantahan,” menurut kajian itu.

Sumber