Buat semua job seekers yang ada di Malaysia atau mereka yang dah bosan dengan work environment yang sama dan sedang cari angin baharu, ada satu acara besar-besaran bakal diadakan untuk anda sempena setahun Kerajaan Malaysia MADANI.

Jangan lupa mark kalendar anda bermula 8 hingga 10 Disember 2023 dan hadirkan diri ke Karnival Kerjaya Malaysia MADANI yang akan bermula dari jam 9 pagi sampai ke 6 petang, lokasinya pula adalah di pekarangan Stadium Bukit Jalil.

Karnival Kerjaya Malaysia MADANI kali ini akan disertai lebih 40 majikan yang menawarkan 5,000 kekosongan jawatan khas buat para pencari kerja.

Antara majikan-majikan tersebut adalah jenama-jenama besar yang ada di Malaysia seperti PETRONAS, Khazanah Nasional, PNB, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa hadir ke Karnival Kerjaya Malaysia MADANI. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 8-10 Disember 2023 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9 pagi- 6 petang
Lokasi: Pekarangan Stadium Bukit Jalil

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh terus ke https://bit.ly/KarnivalKerjayaSetahunMalaysiaMadani.