Grand Seiko hadir dengan kolaborasi bersama Nissan GT-R tampil dengan koleksi jam tangan edisi terhad bersempena dengan ulang tahun ke-50 Nissan GT-R.
Koleksi jam tangan ini kelihatan sangat eksklusif dan tema warna putih dan biru dipilih untuk kolaborasi ini. Pada bahagian belakang jam, tulisan serta logo GT-R ditulis menggunakan emas 18k. Kulit buaya premium turut digunakan untuk bahagian strap bagi menyerlahkan lagi kemewahan jam tangan ini.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk model edisi khas ini adalah $21,000 (~RM86,877.00) sahaja dan anda boleh dapatkan secara atas talian di sini. Koleksi jam tangan ini juga terhad sebanyak 200 unit sahaja. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan segera sebelum ianya habis terjual.