GSC baru sahaja mengumumkan penutupan operasi GSC Klang Parade dan GSC Heritage Mall, Kota Tinggi sepenuhnya pada 1 April ini. Orang ramai pula boleh pergi menonton tayangan filem terakhir di pawagam tersebut pada 31 Mac nanti.

“Ia adalah perjalanan yang luar biasa dan  berbesar hati untuk melayani anda. Kami tidak dapat melahirkan rasa terima kasih yang cukup atas sokongan dan semangat anda yang tidak berbelah bahagi selama ini,” ungkapnya di dalam kenyataan.

Memandangkan penutupan kedua-dua lokasi pawagam itu tidak lama lagi, pihak GSC memberi saranan kepada orang ramai untuk pergi kawasan berdekatan bagi menonton filem yang diinginkan  iaitu di GSC Setia City Mall dan GSC IOI Mall, Kulai.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa sedih selepas mendengar berita penutupan tempat pawagam kegemaran mereka. Malah, netizen juga berkongsi pengalaman manis sepanjang pawagam itu beroperasi.

Sumber