Satu kemalangan berlaku melibatkan sebuah Nissan GT-R R35 dengan Perodua Myvi di Ipoh baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik Facebook Ipoh 怡保, kereta GT-R tersebut terbabas dari jalan utama masuk ke jalan kecil sebelum merempuh sebuah Myvi yang diletakkan di hadapan lot kedai.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun rakaman CCTV itu sedikit kabur, dipercayai kerana di’zoom’, kelihatan bahagian belakang Myvi tersebut rosak teruk akibat rempuhan tersebut.

Sementara dalam video kedua pula menunjukkan kesan kemalangan di tempat kejadian.

Pagar di hadapan kedai tercabut dan terdapat kesan cecair dipercayai kebocoran kereta Jepun itu.

Terdapat juga komponen kereta tercabut, dipercayai bumper hadapan kereta itu juga.

GT-R dan Myvi pernah ‘bertembung’ tiga tahun lalu
GT-R Terbabas, Rempuh 'King'
Sumber Gambar: Pemilik asal
GT-R Terbabas, Rempuh 'King'
Sumber Gambar: Facebook Mohd Taqiuddin

Pada Januari 2021 lalu, pernah berlaku kejadian kemalangan melibatkan GT-R dan Myvi.

Bagaimanapun pada ketika itu King Myvi yang melanggar Godzilla GT-R.