Pada hari ini, di platform Threads terutamanya sedang hangat membincangkan isu platform Grab yang mengalami glitch sekaligus menyiarkan sejumlah barangan dengan harga RM0.
Ramai juga yang berjaya membuat transaksi dan hanya perlu membayar tambang penghantaran sahaja. Menjadi persoalan adakah pengguna berhak menggunakannya jika sudah diterima susulan ia berpunca dari kesalahan teknikal dari pihak penyedia.
Terkini, seorang netizen mendakwa telah meminta klarifikasi dari pihak Guardian yang merupakan entiti yang terjejas dalam mengetahui jika perlu memulangkan barang yang berjaya dibelinya.
“Kepada Pelanggan yang Dihargai,
Terima kasih kerana menghubungi kami berkenaan pembelian GrabMart anda baru-baru ini.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kesilapan penetapan harga yang berlaku disebabkan oleh gangguan sistem. Kami ingin memberi jaminan bahawa anda tidak perlu memulangkan barangan yang terjejas. Sebagai tanda muhibah daripada pihak kami, anda dialu-alukan untuk menyimpan dan menggunakannya.
Kami menghargai pemahaman dan sokongan berterusan anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut atau memerlukan bantuan, sila hubungi kami.
Yang benar, Kuan (Dia/Wanita) Khidmat Pelanggan,” berdasarkan tangkap layar hantaran emel yang dibuat oleh pembeli tersebut.
Boleh lihat tangkap layar emel di bawah ini:-


Di dalam satu tangkap layar yang lain, pihak Grab MY turut memberi respon yang berkata : Hi Farah, majoriti tempahan yang dibuat telah pun dibatalkan susulan isu harga tersebut. Untuk sebahagian tempahan yang sudah dihantar, tiada sebarang tindakan akan diperlukan oleh pihak pengguna. Harap ini dapat membantu dalam menjelaskan isu tersebut.
Ini pula gambar respon dari pihak GrabMY sendiri:-
