Guardiola memberikan isyarat enam jari kepada peminat Liverpool di Anfield ketika mereka menyorak: “Sacked in the morning, you’re getting sacked in the morning.”
Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester City hasil jaringan Cody Gakpo dan Mohamed Salah.
Meletakkan tekanan kepada City dan Guardiola yang kini 11 mata di belakang Liverpool.
Guardiola mengakui tidak menyangka penyokong Liverpool akan bersorak seperti itu dan dia memberikan respon di tepi padang.
Angka enam merujuk kepada enam kejuaraan EPL yang dimenangi Guardiola bersama City sejak mengendalikan kelab itu pada 2016.
“Saya tak menyangkakannya. Daripada orang di Liverpool, tetapi ok sahaja, sebab ini sebahagian daripada bola sepak. Dan saya sangat memahaminya.
“Kami bertarung dalam perlawanan yang hebat, dan saya hormati mereka,” tegas pengurus itu yang terus bergelut dengan prestasi musim ini.
Man City kini mencatatkan rekod 4 kekalahan berturut turut yang pertama dalam EPL sejak Ogos 2008.
Sebagai tambahan mereka gagal menang dalam kesemua 7 perlawanan dalam semua pertandingan. Rekod yang tidak pernah disangka akan dicatatkan Guardiola di City.
đ´đś âYouâre getting sacked in the morningâ, Liverpool fans are chantingâŚ
âŚand Pep Guardiola replies by showing them number 6, his Premier League titles as Manchester City coach đľ6ď¸âŁ pic.twitter.com/OcKgbuIvtl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 1, 2024
“Semua orang di stadium nak pecat saya. Bermula di Brighton [on 9 November], mungkin mereka betul dengan keputusan semasa pasukan kami,” tegas Guardiola yang baru sahaja melanjutkan kontraknya.
Selepas tamat perlawanan Guardiola sekali lagi menunjukkan sambil 6 jari, kali ini kepada penyokong Man City. Mengingatkan mereka tentang apa yang mereka telah capai bersamanya.