Pep Guardiola setuju dengan kritikan Jurgen Klopp ke atas format dan masa penganjuran Piala Dunia Kelab yang baharu.

Sebelum ini Klopp menganggap format Piala Dunia Kelab yang baharu sebagai idea paling teruk dalam sejarah bola sepak.

Klopp Kecam Format Baharu Piala Dunia Kelab FIFA, ‘Kejam Dan Idea Paling Teruk’

Pep Guardiola kemudian menyatakan dia bersetuju dengan Klopp dengan nada yang lebih tenang kerana pasukannya beraksi dalam pertandingan tersebut.

Guardiola setuju dengan Jurgen Klopp

Guardiola setuju dengan Klopp, Piala Dunia Kelab membuatkan pasukannya berdepan dengan risiko kecederaan yang serius dan sebagainya.

Guardiola berkata: “Saya bersetuju dengan Klopp. Saya banyak berbalah dengan Klopp. Namun kami tahu siapa sebenarnya di sebalik penganjuran ini.

Itali
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – West Ham United v Manchester City – London Stadium, London, Britain – August 31, 2024 Manchester City manager Pep Guardiola reacts REUTERS/Hannah Mckay/File Photo

Mungkin pada bulan November, Disember atau Januari, kami akan dalam malapetaka. Keletihan, saya tak tahulah.

“Ini adalah pertama kali kami merasai pengalaman seperti ini. Adakah saya mahu untuk memiliki persiapan selama 2 bulan? Ya, namun inilah yang sedang berlaku sekarang.

“Mungkin pertandingan ini akan menghancurkann kami. Saya tidak tahu. Ini pertama kali dalam hidup kami. Kami bangga berada di sini.

“Ada banyak kelab yang membantah, sebab di dalam hati mereka cemburu, mahu berada di sini.”

Selain Guardiola setuju dengan Klopp, seorang lagi pengurus EPL, Enzo Maresca turut membidas format Piala Dunia Kelab 2025 yang dianggap satu jenaka.

“Mereka malah menganjurkannya di tempat yang tidak betul,” tambah pengendali Chelsea itu.

Manchester City sudah pun tersingkir daripada pertandingan kali ini. Ianya seelepas jaguh EPL itu dikejutkan Al Hilal pada pentas pusingan 16 akhir.

Al Hilal Tendang Keluar Manchester City, Netizen Akhirnya Setuju Dengan CR7