Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bertindak mencederakan diri sendiri selepas pasukannya gagal untuk mencatat kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini.
City turun menentang kelab Belanda iaitu Feyenoord dimana mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 selepas mendahului dengan 3 jaringan.
Baca Juga:
- Amorim: “Pemain Manchester United Takut”
- Manchester United Kelab Terbaik Di Dunia, Enjin Bola Sepak Dunia Dan EPL Kata Amorim
- Bekas Jurulatih Kelab Liga Malaysia Sertai Manchester United
Ketika sidang media selepas perlawanan, kesan luka jelas boleh dilihat di muka Guardiola dan beliau menjelaskan mengapa perkara itu berlaku.

“Saya mahu mencederakan diri saya. Saya cakar muka menggunakan kuku. Sebab itulah ada luka,” katanya.
City terlebih dahulu berada di hadapan dengan tiga jaringan yang dihasilkan oleh Erling Haaland dan İlkay Gündoğan pada separuh masa pertama dan kedua.
Akan tetapi, berbaki 15 minit permainan untuk tamat, Feyenoord melakukan kebangkitan dimana mereka menjaringkan tiga gol menerusi Anis Hadj-Moussa, Santiago Giménez dan Dávid Hancko sekaligus memberi kelab itu satu mata.
Skuad kendalian Pep Guardiola gagal untuk mencatat kemenangan dalam enam perlawanan terakhir sekaligus meningkatkan tekanan yang dihadapi oleh juara edisi 2023 itu.
“Ini realitinya. Sukar untuk kami menerima sekarang. Permainan kami bagus. Kami menjaringkan tiga gol, kami boleh menjaringkan lebih banyak lagi, kami melakukan segala-galanya tetapi pada akhirnya, kami memberikan gol kepada pasukan lawan terutamanya yang pertama dan selepas itu kami tidak cukup stabil untuk bangkit.
“Ini bukan mengenai sama ada kami mempunyai komitmen ataupun tidak, tetapi inilah bola sepak. Apa yang kami boleh buat? Rehat dengan cukup bagi menghadapi perlawanan di Anfield,” tambah Pep Guardiola.
Selepas ini, Manchester City akan turun berdepan Liverpool dan mereka wajib mencatat kemenangan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dan merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.