Pep Guardiola tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa minit daripada sidang medianya menghentam tindakan segelintir penyokong Leeds yang mengejek Omar Marmoush yang berbuka puasa.
Ketika aksi antara Leeds dan Man City semalam, jelas kedengaran bunyi ejekan penyokong Leeds yang mengejek dan menge-boo pemain yang berbuka puasa.

Tindakan itu membuatkan Guardiola sangat kecewa kerana penyokong Leeds langsung tidak menghormati agama orang lain yang berbeza.
Pep Guardiola: ‘Hormati agama lain’
Pep Guardiola berkata: “Ada orang yang sedang berpuasa kerana Ramadan. Kenapa kamu boo apabila permainan dihentikan selama satu atau dua minit?
“Tunjukkan rasa hormat kepada agama lain! Kita hidup di dunia moden, bukan? Tengok apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. Lihat apa yang berlaku hari ini.
“Mereka persoalkan boleh ke buat macam itu [pengadil menghentikan perlawanan untuk memberikan ruang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa atas padang]?
“Berhenti sekejap selama seminit untuk melakukannya. Apa masalahnya? Ada masalahkah?
“Intinya di sini adalah untuk menghormati semua agama. Apa masalahnya?”
Pada aksi yang berlangsung di Elland Road, Man City berjaya membawa pulang 3 mata untuk merapatkan jurang mata kepada 2 mata sahaja daripada Arsenal selepas jumlah perlawanan yang sama.
Man City berhempas pulas mempertahankan gol tunggal mereka yang dijaringkan oleh Semenyo pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama.
Arsenal akan turun menentang Chelsea pada aksi tumpuan minggu ini. Arsenal dan Manchester City bersaing untuk kejuaraan EPL musim ini.