Gucci baharu sahaja melancarkan koleksi rubber slides terbaharu yang menampilkan 2 rekaan minimal. Menariknya logo pada kedua-dua model koleksi terbaharu ini diperbuat daripada kulit sepenuhnya.
Jika anda masih mencari-cari padanan sandal yang selesa dan bersesuaian dengan keperluan untuk berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah hari raya ini, mungkin GG Cut-Out Rubber Slides ini sesuai untuk anda.

Koleksi yang diperbuat daripada getah berkualiti tinggi ini akan menjanjikan keselesaan kepada pengguna disamping masih mengekalkan ciri eksklusif jenama ini.
Kedua-dua model terbaharu ini boleh didapati Matchesfashion pada harga serendah $250 (~RM1,048) dan $590 (~RM2,473) setiap satu.