Gucci kembali dengan koleksi kasut chunky terbaru iaitu Gucci Rhyton Logo Sneakers yang hadir dengan logo yang berwarna-warni. Label logo Gucci warna-warni tersebut diinspirasikan daripada cetakan retro yang berasal dari tahun 1980-an dengan penghasilan jenama patch dalam ton warna yang terang.

Gucci Ryhton Logo Sneakers ini dihasilkan dengan 100 peratus daripada kulit dan warna hitam asas di bahagian atas kasut. Manakala, logo Gucci yang berwarna pelangi direka pada bahagian sisi kasut yang menonjolkan kecantikan kasut tersebut. Pada bahagian tapak kasut pula, ianya direka dengan warna coklat lembut yang sesuai dipadankan dengan keseluruhan ton warna hitam pada kasut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Koleksi Gucci Rhyton Logo Sneakers ini akan dijual dengan harga $890 (RM3,630.43) dan boleh didapatkan di laman rasmi Gucci serta butik-butik yang terpilih mulai 3 April.

gucci sneakers gucci sneakers gucci sneakers gucci sneakers gucci sneakers