Jenama Mewah Dior dilihat telah menggantikan model berdarah diraja Palestin, Bella Hadid dengan model baharu dari Israel, May Tager dalam kempen terkini mereka.

Keputusan Dior itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial dan turut trending di X. Rata-rate mengkritik tindakan Dior yang seolah-olah ‘sengaja’ memilih model dari Israel selepas mengetahui Bella seorang yang lantang bersuara dalam isu Palestin.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Bella Hadid adalah wajah untuk Dior Beauty sejak 2016. Bagaimanapun, dalam video koleksi pewangi baharu La Collection Privee, May Tager telah menjadi wajah baharu untuk koleksi tersebut dan mengukuhkan lagi dakwaan Bella Hadid tidak lagi bersama Dior.

Bella Hadid merupakan antara selebriti dunia yang secara terang mengecam kekejaman rejim zionis. Beliau juga tidak takut menyatakan sokongannya itu di media walaupun berdepan risiko ditamatkan kontrak dengan jenama ternama dunia.

Bella pernah mengeluarkan kenyataan ini dalam satu perkongsiannya di Instagram, “Anda tidak mampu untuk tidak sensitif melihat kehidupan manusia dirampas. Anda tidak boleh. Kehidupan Palestin adalah kehidupan yang akan membantu mengubah dunia. Dan ia diambil dari kami dalam beberapa saat. #FreePalestine,” katanya.

“Saya sayang keluarga saya, saya suka warisan saya, saya suka Palestin. Saya akan tetap teguh untuk mengekalkan harapan mereka untuk tanah yang lebih baik di hati saya.

“Dunia yang lebih baik untuk orang-orang kita dan orang-orang di sekitar mereka. Mereka tidak akan dapat menghapuskan sejarah kita. Sejarah adalah sejarah!” tulisnya.