Syarikat penerbangan kebangsaan Kerajaan Bahrain, Gulf Air merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan penerbangan terus (direct flight) dari Bahrain ke Kuala Lumpur sebelum acara Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix, yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, dari 2 hingga 4 Oktober 2026 nanti.
Menerusi satu hantaran rasmi, Gulf Air selaku penaja utama bagi perlumbaan berkenaan komited untuk membawakan keunikan hospitaliti terkenal Kerajaan Bahrain lebih dekat kepada para peminat dan penggemar sukan permotoran di Malaysia.
“Bagi menyokong penganjuran kejohanan bertaraf dunia ini, Gulf Air turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan penerbangan terus (direct flight) dari Bahrain ke Kuala Lumpur sebelum acara tersebut bermula.
“Inisiatif ini dijangka akan memudahkan pergerakan pengembara, pegawai sukan, serta peminat F1 dari rantau Timur Tengah dan seluruh dunia ke Malaysia,” kata pihak Gulf Air.
Menurutnya lagi, butiran lanjut mengenai jadual penerbangan, ketersediaan tiket, serta laluan penerbangan terus berkenaan akan diumumkan oleh pihak Gulf Air dalam masa terdekat.