Sejak aplikasi Waze diperkenalkan, kebergantungan orang ramai terhadap aplikasi ini terus meningkat. Mana tidaknya, aplikasi ini berjaya memudahkan orang ramai untuk mencari lokasi dengan mudah tanpa sesat.
Selain itu, buat mereka yang tinggal di kota pengguna aplikasi ini sekaligus membolehkan anda ke lokasi yang ingin dituju dengan lebih pantas dengan mengikut jalan yang kurang sesak.

Terbaru, seorang bapa nampaknya telah lari daripada kebiasaan pengguna Waze dimana beliau telah merakamkan suara anaknya pada aplikasi tersebut. Hasilnya, suara yang sangat comel.
Ni tuan empunya suara Rayyan Mikael🥰..doakan anak saya sihat dan berjaya dunia akhirat.. pic.twitter.com/REF7F4xooc
— RifdiRosli🇲🇾 (@RifdiRosli) July 11, 2019
Bukan itu sahaja, perkongsian beliau di Twitter turut membuatkan orang ramai teruja serta menganggap suaranya anaknya sangat cute berbahasa Inggeris. Berikut antara yang dikongsikan reaksi warganet mengenai suara Rayyan Mikael.



Khabarnya terdapat banyak lagi rakaman suara yang unik pada aplikasi Waze. Ada yang menggunakan suara isteri malah ada yang menggayakannya dengan loghat daerahnya. Pastinya perjalanan akan lebih meriah dan terhibur disamping mengelakkan daripada sesat.