Gunung Marapi telah meletus di Sumatera Barat dan mengorbankan 11 mangsa yang terperangkap semasa letusan itu berlaku, kata jurucakap Basarnas, Arief Pratama dalam keterangan tertulis kepada media sambil menambah bahawa terdapat lapan mangsa yang maut masih belum dipindahkan, dan 12 lagi masih dalam pencarian.

Sambung Arief, “Malam ini pasukan masih fokus melakukan pemindahan [mangsa],” katanya dan, “Pencarian 12 pendaki yang masih belum ditemui dihentikan buat sementara waktu,” sambung Arief.

Berdasarkan data Basarnas Padang, terdapat 75 pendaki yang terperangkap ketika Gunung Marapi meletus. Ini bermakna 55 orang telah dipindahkan, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sebahagian daripada mereka melecur, patah tulang dan dirawat di hospital di Padang Panjang dan Bukittinggi.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan menjelaskan, Gunung Marapi berstatus Amaran sejak 2011 lagi. Ini bermakna penduduk dinasihatkan supaya tidak menghampiri gunung tersebut dalam radius tiga kilometer dari puncak gunung.

Status amaran dan jarak tiga kilometer telah diputuskan melalui pemerhatian yang teliti dan analisis data. “Dari pemerhatian pakar kami, tiga kilometer adalah jarak selamat untuk pendaki jika berlaku letusan mengejut. Orang ramai masih mempunyai jarak untuk melarikan diri,” jelasnya kepada BBC News Indonesia.

PVMBG melaporkan bahawa aktiviti Gunung Marapi paling kerap berlaku berhampiran permukaan akibat daripada pengumpulan gas berhampiran dasar kawah. Gas itu terkumpul perlahan-lahan dan tidak dikesan sebelum akhirnya meletus.

Kejadian seumpama itu, katanya, berlaku pada 2004 dengan jurang 2-4 tahun iaitu pada 2006 dan 2009. Kemudian kali terakhir pada 2017 tetapi tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Letusan yang berlaku semalam dianggap sebagai letusan freatik atau letupan wap yang berlaku apabila magma memanaskan air tanah atau air permukaan.

Bagaimanapun, sebuah kajian lanjut perlu dilakukan bagi mencari bukti lain kerana letusan Gunung Marapi itu telah meletus dengan mencecah radius tiga kilometer.

Biarpun tiada amaran letusan seperti dalam bencana tsunami, saranan dalam bentuk status “Alert” sejak 2011 sebenarnya menjadi petanda “amaran keras” yang mesti dipatuhi pihak berkaitan seperti kerajaan wilayah kerana PVMBG tidak mempunyai kuasa untuk menutup jalur pendakian.

“Masalahnya ialah kita berhadapan dengan masalah lupa. Jadi kita tidak lagi takut atau berwaspada kerana kita tahu letusan akan berlaku dalam dua atau empat tahun lagi.”

“Tambahan pula tidak ada letusan selama setahun, jadi ia dianggap selamat dan tiada tanda-tanda apa-apa. Itu yang kami bimbang.”

“Sedangkan kita tidak tahu masa [letusan] dan tiada tanda-tanda, padahal kita tahu ada proses [letusan].”