Setiap kali ada guru akan bersara, pasti sekolah anjurkan majlis persaraan sebagai tanda kenangan antara guru dan pelajar.

Baru-baru ini sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) telah mengadakan majlis persaraan guru besar mereka dengan tema percutian.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video TikTok @rumoh.kome, oleh kerana guru besar mereka suka melancong, jadi pihak sekolah bersetuju untuk membuat majlis persaraan tema sedemikian.

Dalam sekelip mata sekolah dijadikan umpama suasana lapangan terbang. Terdapat kaunter tiket, pasport dan tiket untuk tetamu, serta ruangan untuk tetamu check in dan security check.

@rumoh.kome

Majlis persaraan guru besar sekolah kome. Disebabkan GB kome ni suka p holiday, so sekolah decide utk buat tema percutian.🥰 #fyp #gurubesar #majlispersaraan #temapencen #temahariguru #hariguru #ideahariguru #pencen #majlissekolah #sekolah #sjkckuanghwa

♬ Disappear – Maniak-B

Bagaikan di lapangan terbang, skrin besar yang ada pada dewan utama memapar jadual penerbangan. Cikgu-cikgu berpakaian seperti pramugari dan kapten juruterbang.

Kemudian, ada anak murid membuat demostrasi penggunaan beg udara seperti pramugari lakukan di dalam kapal terbang.

Setelah itu skrin besar memaparkan video simulasi kapal terbang berlepas ‘membawa’ para tetamu yang hadir majlis persaraan guru besar pada waktu itu.

Semasa acara berlangsung, sekumpulan pelajar datang di antara tempat duduk tetamu sambil membawa troli. Seperti pramugari yang bertugas di atas kapal terbang, para pelajar memberikan air botol mineral dan kacang paket kepada tetamu dan guru yang ada.

Sambutan majlis persaraan guru besar sekolah itu telah mendapat perhatian warganet.

Ramai memuji kreativiti pihak sekolah dalam menjayakan majlis tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @rumoh.kome
Sumber Gambar: TikTok @rumoh.kome
Sumber Gambar: TikTok @rumoh.kome

Difahamkan majlis itu tidak menggunakan sebarang wang daripada guru-guru. Sebaliknya, pihak sekolah mendapat tajaan dan sokongan penuh bagi menjayakan majlis tersebut.

“SJKC ada dua dana utama. PIBG dan Ahli Lembaga. Selepas itu ibu bapa memberikan sokongan jitu dalam hal dana dan tenaga mereka.

“Kami banyak tajaan. Alhamdulilah cikgu-cikgu tak keluar duit,” jawab pemilik TikTok @rumoh.kome mengenai kos majlis tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi pendapat, untuk menjayakan sesuatu majlis, tidak perlu pun memilih tempat mewah seperti hotel.

Sebaliknya, cukup menjadi kreatif dan tahu mencari dana untuk menganjurkan sesuatu acara.

Pada akhir video berkenaan, sebelum mereka berpisah, guru besar dan cikgu-cikgu lain berkesempatan untuk menaiki skylift yang dihiasi belon berwarna-warni.

Selamat bersara diucapkan kepada guru besar Puan Gan dan semoga dapat teruskan pergi melancong pada masa akan datang.