Seorang guru di sebuah sekolah teruk dikecam orang ramai apabila beliau bertindak menampar seorang murid di khalayak ramai pada sebuah majlis rasmi.
Video yang kini tular di media sosial X (Twitter) itu mendapat kecaman orang ramai dengan kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan cara guru tersebut menyelesaikan masalah disiplin murid.
Baca Juga:
- Rakam Video Lucah Bersama Murid Dan Anak Lelaki Sendiri, Guru Kaunseling Direman 7 Hari
- Pukul Pelajar Lapan Tahun Dengan Paip PVC, Guru Madrasah Di Kedah Ditahan Pihak Polis
“Biar lah nok kene saman ke, nak kene apa ke. Nk upload juga. Tiada niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan untuk semua orang.
“Kau cikgu ke, guru besar ke, PK ke. Tak kisah siapa pun kau. Cuma waktu nak marah atau tegur murid tu biar beradab sikit.
— Shiro (@_luqmansalam) December 14, 2023
“Aku tak pernah buat pelajar aku sampai macam tu nak marah-marah biar beradab sikit. Orang tak buat depan orang macam tu ramai-ramai. Biar cerdik sikit,” kata sebuah keterangan di dalam video tersebut.
Video yang berdurasi pendek itu kini mula tular di media sosial terutamanya di TikTok dan Facebook. Ia telah mendapat ribuan tontonan dan juga komen yang mengecam.
apa budak tu buat sampai cikgu boleh hilang sabar tu.. depan orang ramai.. bukan mudah nk naikkan keyakinan diri balik once dia down.
— FiraGujiwa🇲🇾🇲🇾 (@gujiwa) December 14, 2023
Teringat zaman dulu, mmg ada sejenis cikgu yang ringan tangan ni. Tak kira tempat cepat je tangan dia 😭 . Tapi zaman dulu pe je mampu yang kita buat. Ada cikgu lain yang nampak and lembut hati, terus sapu minyak kat tempat yg luka.
— euphoriaISM (@ArRain1984) December 14, 2023
Setakat video ini tular, tiada apa-apa kenyataan lagi dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, tidak pasti kejadian ini berlaku di sekolah mana.