Satu kejadian menyayat hati berlaku awal pagi semalam dengan seorang guru yang dikatakan sering berulng-alik lebih 100 kilometer setiap hari demi mendidik anak muridnya maut dalam satu kemalangan meragut jiwa.

R Ganasan, 44, seorang guru di SRJK (T) Jerantut terkorban selepas kereta Perodua Viva yang dipandu olehnya dirempuh sebuah lori balak dalam perjalanan ke sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 pagi di Kilometer 2 jalan Temerloh-Mentakab.

Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke sekolah yang jaraknya kira-kira 60 kilometer semasa kemalangan itu berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Roslee Omar menyatakan, siasatan awal menunjukkan Ganasan memandu dari arah Mentakab menghala ke Jerantut.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, sebuah lori yang keluar dari persimpangan Taman Sri Semantan melanggar kereta yang sedang bergerak lurus. Akibat rempuhan itu, Ganasan, penduduk Taman Saga Damai, Mentakab, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.”

“Pemandu lori berusia 58 tahun dari Pekan, Pahang itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.