Ketua jurulatih kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors iaitu Gus Poyet meluahkan kekecewaan beliau terhadap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)

Ketika sidang media sebelum aksi antara Jeonbuk menentang Sydney FC, Gus mengamuk dimana beliau tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan AFC dan juga VAR.

Baca Juga:

Gus Poyet Anggap AFC Tidak Telus Dalam Membuat Keputusan

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu mempersoalkan keputusan AFC yang memindahkan perlawanan pertama minggu lalu dari rumah mereka di Jeonju ke Stadium Yongin Mireu di luar Suwon selepas padang dianggap tidak boleh digunakan

Gus Poyet
Gus Poyet. Sumber Gambar: A League

Poyet juga meluahkan kekecewaannya dengan lokasi sidang media pra-permainan pada hari Rabu di Sydney.

“Dengan beberapa keputusan yang telah dibuat dalam dua pusingan ini, adakah saya suka? Tidak saya tidak suka. Saya fikir ia tidak adil.

“Kami terpaksa bermain kerana pada masa kini anda tidak boleh melawan apa-apa. Orang yang berkuasa menentukan apa yang anda perlu lakukan.

“Saya akan berkata kepada anda dengan penuh hormat, ini adalah kali pertama saya melakukan sidang akhbar di tempat lawan di padang latihan pasukan lawan di mana-mana peringkat – peringkat pasukan kebangsaan, peringkat Liga Juara-Juara UEFA, pasukan kebangsaan dengan Greece. Ia sangat pelik. Biasanya anda melakukannya di stadium.

“Malangnya, kami tidak boleh bercakap. Adakah mereka mendengar apa yang anda keluhkan? Sudah pasti Tltidak. Oleh sebab itu kita perlu bercakap.

Gus Poyet
Gus Poyet. Sumber Gambar: A League

“Kami juga boleh bercakap tentang VAR. Saya adalah pemain yang beraksi di posisi serangan. Saya ingin menjaringkan gol, lihat penjaga garisan dan jika penjaga garisan tidak memasang bendera, ia adalah gol dan saya boleh meraikannya. Bahagian terbaik dalam permainan.

“Apa yang kita buat sekarang? Kami menunggu empat minit. Ia memalukan. Mereka mengambil bahagian terbaik dalam permainan. Orang yang duduk di suatu tempat di Malaysia atau Zurich dengan tali leher cuba memberitahu kami cara bermain bola sepak. itu salah.

“Mereka terus melakukannya dan terus merumitkan pengadil. Sekarang pengadil tidak ada tanggungjawab apa-apa. Mereka mempunyai kuasa, mereka suka, mereka datang kepada anda dan menunjukkan kuasa. Tetapi mereka tidak mempunyai tanggungjawab kerana mereka tidak melakukan apa-apa dan menunggu lelaki di atas untuk memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan,” kata Gus Poyet