AFC Champions League Two (ACL2) 2024-2025: Jeonbuk Hyundai Motors vs Selangor FC [7 November 2024, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan peringkat kelab kelas kedua bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Selangor (SFC).

Jeonbuk Hyundai Motors (Korea) vs Selangor (Malaysia)
Sepak mula: 6:00 ptg
Tempat: Stadium Piala Dunia Jeonju
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Access VPN)

Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.

Ini merupakan aksi keempat Selangor dalam saingan ACL 2 dan mereka beraksi tanpa bimbingan Nidzam Jamil dalam misi memburu kemenangan kedua ke atas jaguh dari Korea Selatan itu.

Gandingan Harith Haiqal dan Umar Eshmurodov (Uzbekistan) dijangka menjadi pilihan untuk mengisi posisi pertahanan tengah sambil dibantu oleh pemain import Jordan, Abualnadi.

Nooa Laine dan pemain import dari Croatia, Nikola Jambor dijangka mengemudi di bahagian tengah.

Di bahagian serangan, Ronnie Fernandez (Chile) dan penyerang skuad kebangsaan Jordan, Ali Olwan dilihat jadi pilihan untuk merobek gawang lawan.

Kali terakhir Selangor beraksi di pentas Asia ialah ketika musim 2016 dimana mereka berada dalam saingan Piala AFC namun terkandas di peringkat Kumpulan E selepas hanya menamatkan saingan di tempat ketiga daripada empat pasukan.