Kecoh baru-baru ini apabila tular mengenai penjualan Sambal Nyet ciplak yang dinamakan sebagai Sambal Nyet Khairi. Lebih mengejutkan, penjualan Sambal Nyet Khairi ini sudah berjaya meraih sekitar 3,000 jualan di platform media sosial.
Isu yang berlaku telah membuatkan Khairul Aming selaku pengeluar Sambal Nyet asli menfailkan 8 tuntutan kepada pemilik Sambal Nyet Khairi atas dakwaan meniru produknya.
Baca Juga:
- Damian Mikhail Menganjing Netizen: “Kecam Sambal Nyet Khairi, Tapi Puji McMing Tiru Prosperity McD”
- Netizen Bengang Sambal Nyet Khairi Adalah Plagiat Produk Khairul Aming
- Khairul Aming Hantar LOD, Senaraikan 8 Tuntutan Terhadap Sambal Nyet ‘Ciplak’
Kes tersebut menjadi lebih panas apabila penyanyi VE, Damian Mikhail mengulas mengenai perangai netizen yang mengecam penjualan Sambal Nyet ciplak namun selesa dengan Khairul Aming menghasilkan Prosperity Burger McDonald’s yang dinamakan sebagai McMing.
Perkongsian yang dibuat telah membidas dirinya kembali apabila para netizen sekali lagi kurang selesa dengan apa yang dikongsikan Damian Mikhail.
Sehubungan dengan itu, beliau menerusi perkongsian terbaru tampil menjelaskan situasi yang berlaku bagi menjernihkan keadaan. Berikut merupakan perkongsian daripada Damian Mikhail.
“Aku tak pernah cakap aku tak sokong pun mana-mana pihak yang ingin pertahankan hak mereka. Aku lah antara orang industri yang lama dah aktif dan lantang bersuara melawan plagiat, ciplak dan paling menekankan soal hakcipta dan hak milik artis atau mana-mana karya.
Aku tak pernah cakap aku sokong kerja atau orang yang menciplak. In fact, anda-anda yang pakar-pakar intellectual property pakai gambar curi internet pun tak beretika sebenarnya.
Aku tak cakap pun Khairul Aming salah didalam mana-mana situasi tersebut. Aku sokong dia ambik tindakan kerana ada locus standi dalam kes ni.
Dia bukan pertikai sambal, tapi benda intangible dan specific macam packaging, intellectual property atas nama Nyet, warna, logo, susun atur label, greeting card, copywriting and overall presentation of product and brand.
Kalau dah ada register trademark, maka lagi lah dia boleh teruskan tindakan saman. Aku juga tau bezakan situasi adalah berbeza tapi melibatkan IP. Resipi pun adalah IP,” ulasnya di Instagram.
Dakwa sekadar gurauan
“Aku tak sebodoh orang-orang yang tak reti nak baca dan hadam post cuit jenaka simple ni. Semua benda pun nak emo.
Bila produk bagus & laris mcm produk KA, org akan tiru…betul, org kata imitation is the sincerest form of flattery, tapi tak bermakna kita boleh suka2 buat breach of intellectual property. Setuju?
Aku tanya soalan awal tu tuju kat netizen taksub bukan kat Khairul Aming. Kalau tak tau bahasa, pi balik sekolah. Kalau hati busuk, zikir dan istighfar banyak-banyak.
Aku sendiri minat dan hormat Khairul Aming. In fact, aku sendiri pernah post dan tag dia sebelum-sebelum ni puji dia du IG. Bini aku pun follow resipi-resipi dan konten beliau yang positif dan bermanfaat.
Tampil membuat permohonan maaf
Dengan ini, aku nak tutup tahun 2023 dengan cara yang baik, sesungguhnya manusia ini tidak lari daripada kelemahan dan khilaf.
Jadi aku pun nak terus perbaiki diri aku dan mohon maaf andai ada yang salah tafsir posting saya tempoh hari. Korang bikin panas, komen-komen hentam aku tiada masalah. Bini aku pun support Khairul Aming dan konten-konten dia. Habis aku kena marah semalam” kongsi beliau di Instagram.