Sebelum ini, usahawan terkenal Hafiz Mahamad pernah membuat kejutan kepada stafnya dengan tanggung pakej umrah untuk 120 staf.

Terbaharu, Hafiz telah menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai lebih RM200,000 kepada stafnya yang sudah hampir tujuh tahun berkhidmat dengan syarikatnya dan kini bertugas di bahagian pengurusan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, Hafiz turut memberikan bonus sebulan gaji kepada semua staf dan membawa semua pekerjanya ke pusat membeli-belah untuk belanja stafnya sempena Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen kagum dengan cara Hafiz menghargai para pekerjanya.

Hadiahkan Staf Kereta Baru Dan Beri Bonus, Netizen Kagum Cara Hafiz Mahamad Hargai Pekerja

Hadiahkan Staf Kereta Baru Dan Beri Bonus, Netizen Kagum Cara Hafiz Mahamad Hargai Pekerja

Malah, para netizen turut memuji Hafiz yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya dan juga mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki.