Baru-baru ini sebuah video dihasilkan selebriti media sosial menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, video tersebut seperti mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Video tersebut memaparkan selebriti media sosial cuba untuk merentas negeri tetapi dihalang oleh 2 pegawai polis dan seorang tentera ketika sekatan jalanraya lalu memberikan beberapa ‘alasan’ untuk lepas sekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata selebriti media sosial tersebut telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

Difahamkan, selebriti media sosial tersebut dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video itu. Mengulas lanjut berkaitan kemunculan anggota polis dalam video tersebut, beliau mengatakan pihaknya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan video tersebut, klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Sumber