Sebelum ini kecoh di media sosial apabila instafamous kongsikan cara untuk netizen merentas negeri untuk berbulan madu sepertinya. Lantaran itu, pasangan instafamous tersebut telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.
Kes instafamous rentas negeri untuk honeymoon.
Polis dapati pasangan itu beri keterangan palsu berkaitan alasan rentas negeri.
Mereka buat persiapan awal dengan tenpah hotel lebih awal pada Disember 2020 untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021-KPD Dang Wangi pic.twitter.com/508oupHdv2
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 22, 2021
Malah, pasangan instafamous tersebut bakal dikenakan kompaun kerana didapati memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.
Difahamkan, pasangan tersebut telah melakukan persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu.
Oleh itu, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Jika disabitkan kesalahan, pasangan tersebut boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000.
Pihak polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri.
Bagi anda yang terlepas berita instafamous ini, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang
Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis