Hafidz Roshdi kecewa dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada yang sebelum ini memuat naik tangkap layar perbualannya di media sosial.
Dalam tangkap layar itu, Shuhada mendedahkan Hafidz pernah berbalas mesej lucah dengan wanita lain ketika mereka masih bergelar pasangan suami isteri.
Ianya sebagai respon kepada tindakan Hafidz Roshdi. Di mana Nurul Shuhada menuduh bekas suaminya itu menyebarkan dokumen mahkamah tentang kes mereka di media sosial.
Perkara itu membuatkan Shuhada marah dan dia memuat naik perbualan Hafidz Roshdi dengan wanita lain ketika mereka masih berkahwin.
Nurul Shuhada Dedah Perbualan Lucah Hafidz Roshdi Dengan Penyondol
Shuhada malah menyatakan bahawa ada beberapa bahan bukti lagi di dalam simpanannya. Dan dia mengakui bahawa skandal mesej lucah itu menjadi antara punca perceraiannya dengan Hafidz Roshdi.
Shuhada juga memberikan amaran bahawa Hafidz Roshdi berisiko kehilangan ‘job’ dia dalam dunia lakonan kerana perkara itu.
Hafidz Roshdi kemudian melabel Shuhada sebagai janda pemfitnah dan penipu sambil meminta agar Shuhada melampirkan bukti bahawa dia ada membocorkan dokumen mahkamah berkaitan dengan kes mereka di media sosial.
Hafidz Roshdi menganggap Nurul Shuhada sengaja menyebarkan fitnah untuk menutup periuk nasinya.
“Pendedahan yang dia buat adalah sabotaj dan cara untuk menjatuhkan saya,” kata Hafidz.
Dipetik dari Mstar, Hafidz Roshdi menafikan bahawa dia ada membuat benda tidak senonoh itu. Dan dia juga menyatakan bahawa dia tidak pernah berhubung dengan wanita tersebut seperti yang diviralkan.
Hafidz juga menganggap perkara itu sudah pun selesai dan kedua dua pihak setuju untuk tidak menyebarkan aib masing masing lagi.
Dia berkata: “Saya menafikannya sebab saya tidak pernah ada perbualan seperti itu. Ia tidak berlaku di antara saya dengan orang tersebut.
Hafidz Roshdi memberikan amaran dia tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan perundangan sekiranya ada pihak mengaitkannya dengan perkara itu lagi.
“Kalau benda ini berlaku lagi, ada lagi yang sebarkan fitnah, aib, saya tak teragak agak untuk ambil tindakan [perundangan],” kata Hafidz Roshdi kepada Mstar.
Namun begitu Shuhada sempat menyindir Hafidz Roshdi sebagai kebudak budakan.