Hafiz Mahamad sedia menaja 10 buah bas balik raya kepada mereka yang bertuah.

Usaha yang sama dibuat oleh Hafiz Mahamad sejak 3 tahun sebelum ini. Dan ini adalah tahun keempat dia melakukannya.

Baca Juga:

Hafiz berharap usahanya ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Hafiz berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya. Hafiz menegaskan bahawa pihaknya dalam perancangan untuk menambah lagi bilangan bas itu jika perlu.

Golongan tumpuan adalah mereka yang tidak berkemampuan dan berdepan dengan bebanan kewangan tinggi untuk membayar tambang balik kampung.

@hafizmahamad

“Saya dah bayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ni”. Baca caption bawah ni tau Saya faham, ada ramai sahabat yg “kewangan” dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yg boleh tau. Tahun lepas 10 bas kita sponsor & InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau Harap dpt membantu ramai sahabat yg memerlukan. Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dkt sahabat yg memerlukan Bawah ni details “Balik Raya FREE bersama @AINAA 2024” Start esok (21 March 2024) dah boleh Book Ticket BAS PERCUMA JOM PULANG BERAYA BERSAMA AINAA SIRI 4 📆 Tarikh: 7 April 2024 (Ahad) 🕰️ Masa: 8.15 malam 👨‍👩‍👧‍👦 Tempat berkumpul: Seksyen 13, Shah Alam 🚌Destinasi: Serata utara, selatan & pantai timur CARA DAPATKAN TIKET: 1 . Layari eticketing.my 2. Pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam, bertarikh 7 April 2024, dan pilih destinasi masing-masing. 3. Pilih mana-mana seat yang masih available dan pastikan bus provider adalah KIFFAH 4. Masukkan nama, emel & contact number yang senang untuk dihubungi (pastikan anda guna kod BAS AINAA untuk menebus tiket percuma) 5. Anda akan menerima e-boarding pass di emel dan dalam masa beberapa hari lagi, team AINAA akan hubungi anda untuk guide cara ke lokasi berkumpul. BAS YANG DISEDIAKAN HANYA 10 BUAH SAHAJA. TEMPAT DUDUK ADALAH FIRST COME FIRST SERVE BASIS. TIADA LIMIT TIKET CUMA SETIAP KALI PEMBELIAN HANYA 5 ORANG SAHAJA PADA SATU MASA. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi team Admin Sahabat AINAA saya di +60 10-874 5663 . Harap bas ni semua penuh. Happy tak awak ? Saya nk baca comment awak Bagitau kawan kawan tau ! “Kejayaan Demi Kebahagiaan” 2023 : @Hafiz Mahamad

♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Kita buat ini sebab masih ada di kalangan kita yang tak fikirkan pasal baju raya sebaliknya mereka fikir, ‘Cukup tak duit nak beli tiket untuk balik raya nanti?’

Dipetik dari portal Oh Bulan, Hafiz Mahamad berkata: “Kalau terlalu ramai dan tiket habis, insya-Allah saya akan tambah bas lagi.

“Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan.”

Beliau turut merayu agar mereka yang sudah terpilih untuk menaiki bas tersebut agar tidak membatalkan ayang ‘cancel’ perjalanan pada saat akhir.

“Kasihan saya nanti,” tegas Hafiz Mahamad.

Dia turut meminta semua orang agar mendoakan agar rezekinya melimpah ruah. Serta berharap dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang bertuah itu nanti.

Hafiz menegaskan bahawa dia ikhlaskan dan niatkan apa yang dia lakukan kerana Allah.

Netizen rata rata memuji usaha Hafiz ini. Di kala ramai yang berdepan dengan tekanan dari segi ekonomi pada ketika ini.