Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak masalah melibatkan curang dalam hubungan suami isteri yang sekaligus menimbulkan rasa syak wasangka buat sesetengah pasangan.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan influncer dan juga usahawan, Hafiz Mahamad yang memaklumkan dirinya sering kali meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk memeriksa telefon pintar beliau agar tidak berlaku curang dalam rumah tangga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan daripada Gempak, Hafiz sering memaklumkan kepada isteri mengenai ujian yang dilalui oleh golongan lelaki.

“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana.” ulas Hafiz.

Minta untuk tidak meletakkan kepercayaan terlalu tinggi

Sementara itu, Hafiz turut meminta Aina agar tidak terlalu meletakkan kepercayaan terlalu tinggi buat beliau dan kerap memeriksa telefon beliau agar ada perasaan takut.

“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga. Phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.” ulas Hafiz.

Pada tahun lalu, Hafiz Mahamad berjaya mencuri tumpuan ramai selepas berjaya menghadiahkan kereta dan pemberian bonus buat para pekerja.

Sumber