Pelumba negara, Hafizh Syahrin kini menceburi bidang baharu dalam kariernya di dunia permotoran apabila beliau bergelar jurulatih di Buriram, Thailand.

Menurut laporan, Hafizh kini bergelar jurulatih bagi pasukan Ducati Riding Experience (DRE) dan beliau nyata teruja dengan pengembaraan baharunya.

Baca Juga:

Hafizh Syahrin
Sumber Gambar: Official Fan Club Hafizh

Hafizh Syahrin Mahu Kongsi Ilmu, Pengalaman

“Ini merupakan satu peluang yang amat bermakna bagi saya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para penunggang yang ingin meningkatkan kemahiran mereka di litar.

“Saya memahami kepentingan teknik tunggangan yang betul, keyakinan diri serta strategi yang berkesan untuk menguasai litar perlumbaan.

“Sebagai bekas pelumba MotoGP dan WorldSBK, serta kini bersama JDT Racing Team dengan jentera Panigale V4 R, saya memahami kepentingan teknik tunggangan yang betul, keyakinan diri, serta strategi yang berkesan untuk menguasai litar perlumbaan.

“Di DRE, saya bersama barisan jurulatih berpengalaman akan membimbing anda dalam memperkemaskan teknik tunggangan, memahami aspek teknikal motosikal, dan meningkatkan prestasi di trek.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati Malaysia dan Ducati Asia Pacific atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada saya untuk menyertai keluarga DRE.

Hafizh Syahrin
Sumber Gambar: Official Fan Club Hafizh

“Saya amat teruja untuk bertemu anda semua di DRE Buriram dan merasai sendiri kehebatan Panigale V4 7G yang serba baharu. Ayuh, tingkatkan kemahiran anda dan capai potensi penuh di litar!,” kata Hafizh Syahrin.