Pempengaruh atau selebriti TikTok, Haikal Irfan mendedahkan pernah melarikan diri dari rumah kerana keluarga menghalangnya untuk menjadi pempengaruh media sosial TikTok atau dikenali juga sebagai influencer.
Memetik sumber, difahamkan pempengaruh berusia 23 tahun itu mempelajari bidang kulinari dan memulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis cef di sebuah hotel.
Baca Juga:
- FBI Beri Amaran, TikTok Mampu Ancam Kedaulatan Negara
- SKMM Dan PDRM Minta Penjelasan Daripada TikTok Berkaitan Video Provokasi Berbayar
- Campak Kek Ke Muka Pengunjung, ‘Prank’ Melampau TikToker Ini Buat Netizen Berang
@hkl.irfanz
Walau bagaimanapun, dia diberhentikan kerja sebagai cef pelatih sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pulang ke kampung, Ipoh.
Pada masa itu, cintanya pada TikTok berputik setelah bosan menganggur di rumah. Dia mempelajari cara untuk mencari duit melalui aplikasi TikTok.
Haikal mengatakan dia tidak menyangka selama dua bulan bermain aplikasi tersebut, videonya menjadi tular. Perasaannya semakin semangat untuk pergi jauh dengan aplikasi itu bagi menghasilkan video lebih kreatif dan berkualiti.
Walapun tidak direstui kedua orang tuanya, kini dia berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM10,000, bahkan pernah mencecah angka RM50,000 sebulan.
Sementara itu, Haikal atau nama sebenarnya Muhammad Haikal Irfan Othman berkata, dia pulang ke rumah setelah tiga bulan untuk memohon maaf dan meminta restu orang tuanya.
Kandungan TikTok Haikal mengenai kehidupan orang kampung yang cuba memodenkan hidup. Kini, dia boleh tersenyum dengan pencapaiannya yang dapat membuat inspirasi pada orang ramai serta kebanggan buat kedua ibu dan bapanya.
Pada Jun lalu, satu lagi pencapaiannya apabila berjaya mengumpul sejuta pengikut di media sosial miliknya.
Paling menarik sekali, ibunya, Noor Azimah Yusof turut memuat naik akaun TikTok dan menghasilkan kandungannya sendiri untuk tontonan umum.