Influencer media sosial dan juga usahawan, Hajar Hanif mendakwa status beliau sebagai isteri kepada Mikhail Issaq sebenarnya sudah lama berakhir selepas jatuh lafaz taklik cerai talak tiga pada tahun 2017 lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hajar mendakwa beliau sudah lebih lima tahun bercerai dengan talak tiga namun perkara itu baru diketahui baru-baru ini.

Menurut Hajar, bekas suaminya, Mikhail pernah melafazkan sekiranya sekali lagi dia kantoi curang dan bemesra dengan perempuan lain akan serta merta jatuh talak tiga. Walau bagaimanapun, Mikhail merayu untuk tidak meninggalkannya dan merayu untuk kembali.

Atas sebab cinta dan sayang beliau menerima kembali dengan harapan suaminya akan berubah. Walau bagaimanapun, sikap suaminya yang masih sama membuatkan beliau tawar hati.

Menerusi video yang dimuat naik, Hajar mendakwa Mikhail telah menampar, mencekik dan menolaknya hingga jatuh ketika sedang hamil.

Didakwa suami turut pernah mabuk

Hajar turut memaklumkan dirinya hidup dalam trauma selepas insiden tersebut sekaligus membuatkan kesihatannya semakin merosot. Malah, Mikhail dikatakan turut mengugut untuk mengambil hak penjagaan anak-anak.engambil hak penjagaan anak-anak daripada dirinya.

Selain itu, Hajar turut meminta bantuan orang ramai untuk menghantar rakaman video yang memaparkan kegiatan sosial Mikhail di kelab malam.

“Saya minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya dan pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui.

Sesiapa yang pernah nampak si dia ke club malam, mabuk & bersama perempuan, tolong sangat share pada saya di DM. Sebab saya dah dapat beberapa bukti dari DM. Dia mengugut untuk mengambil anak dan pastikan saya tak dapat hak penjagaan anak anak.” rayu Hajar menerusi perkongsian di Instagram.