Sebanyak 16 saman dikeluarkan terhadap sekumpulan pemandu kereta yang berkonvoi sehingga menghalang lalu lintas di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) pada 9 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah mengesan kesemua pemandu berkenaan menginap di sebuah hotel di Batu Feringhi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@janganlakoyak

kelab kereta sekat abis jalan habuan#fypシ

♬ bunyi asal – panglimaperang – jangankoyak

“Pegawai penyiasat telah ke hotel berkenaan semalam kira-kira jam 2.12 petang sebelum meminta kesemua pemandu yang terlibat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, seramai 12 pemandu telah hadir hari ini dan kita mengeluarkan 16 saman terhadap kesemua mereka.

“12 saman dikeluarkan atas kesalahan halang lalu lintas manakala empat lagi atas kesalahan nombor pendaftaran fancy,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Difahamkan, mereka yang disaman terdiri daripada warga tempatan dan Singapura.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 2 minit 50 saat di TikTok @akaunhambaallah memaparkan lebih daripada 10 buah kenderaan berkonvoi secara tiga barisan meskipun JSAHMS hanya mempunyai dua lorong sahaja, di mana konvoi itu menggunakan lorong kecemasan sebagai ‘lorong ketiga’.