Sejak semalam, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan sebuah kedai telah pasang pagar dihadapan kedainya yang dilihat menyusahkan pejalan kaki.

Melihat gambar tular, laluan kaki lima tersebut adalah kawasan kegunaan orang awam bukanlah hak milik kedai dan akan menyukarkan mereka yang mahu berjalan di situ terutama sekali orang kurang upaya.

Baca Juga:

Penularan gambar tersebut telah berjaya meraih perhatian orang ramai dan tindakan pemilik kedai telah menerima kecaman hebat netizen kerana dianggap tiada common senses serta menyusahkan orang.

Mengikut pemilik kedai, dia yang menerima kritikan hebat netizen tampil menjawab segala tohmahan netizen dalam satu hantaran di Facebook miliknya semalam.

Menurutnya, dia meletakkan pagar tersebut kerana mahu menjaga keselamatan harta benda kerana ada kejadian individu tidak bertanggungjawab menaiki motosikal di depan kedainya sehingga mahu terlanggar pintu kedai dan juga pelanggannya.

Malah, di depan kedainya itu juga turut menjadi ‘port’ untuk meletakkan motosikal individu tiada common senses sehingga menyusahkannya. Tambahnya, dia akan membuat laporan polis terhadap mereka yang komen secara berlebihan semalam akan isu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran yang ditulis pemilik kedai telah dipadamkan dan rakaman CCTV yang dikongsikannya berkaitan situasi yang dikatakanya itu turut telah dipadam.