Rokok merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Jika ditanya pada perokok, bukan senang untuk membuang ketagihan merokok; mereka perlu kekuatan mental dan sokongan moral daripada orang sekeliling bagi memastikan mereka dapat berhenti sepenuhnya.

Kebelakangan ini, ramai perokok yang mula beralih ke produk alternatif bebas asap seperti produk tembakau yang dipanaskan atau dikenali sebagai heated tobacco product dan vape di mana produk alternatif ini dilihat sebagai salah satu alternatif yang lebih baik berbanding rokok konvensional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan oleh Vodus Research, awalnya 56% responden bersetuju dan sangat bersetuju jika produk alternatif bebas asap patut diharamkan di Malaysia.

Namun, tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 55% responden percaya bahawa e-rokok, vape dan produk tembakau yang dipanaskan adalah produk yang sama. Lebih-lebih lagi, 59% responden percaya bahawa nikotin ialah punca utama penyakit berkaitan rokok. Persepsi yang salah ini mungkin telah mengakibatkan 56% peratus responden bersetuju jika produk alternatif bebas asap diharamkan.

Malangnya, ini adalah dua kenyataan yang salah

Alternatif-alternatif kepada rokok terdapat keistimewaan dan cara penggunaan yang berbeza, yang membawa kepada tahap risiko penggunaan yang berbeza. Contohnya, e-rokok dan vape memanaskan cecair nikotin untuk menghasilkan wapnya manakala, produk tembakau yang dipanaskan cuma memanaskan tembakau hingga ke 350 darjah celsius untuk membebaskan wap bernikotin.

Seterusnya, karsinogen, tar dan karbon monoksida yang terhasil apabila pembakaran tembakau berlaku ialah punca utama penyakit berkaitan rokok, dan bukanlah nikotin. Nikotin cuma menyebabkan ketagihan.

Justeru, 59% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa perokok patut beralih ke produk alternatif bebas asap jika mereka tidak mahu berhenti merokok. Bagi mereka, ia adalah satu tindakan yang lebih wajar daripada secara terus menghisap rokok konvensional.

Lebih separuh responden setuju produk alternatif bebas asap diselia berbeza jika mampu henti kebergantungan kepada rokok

Tinjauan juga mendapati 67% setuju dan sangat setuju jika produk alternatif bebas asap rokok diselia secara berasingan daripada rokok jika ia terbukti mengurangkan risiko kepada pengguna.

Lebih separuh daripada responden juga tahu mengenai perbezaan antara produk alternatif bebas asap dan rokok konvensional, bermakna mereka tahu wujudnya produk alternatif kepada rokok.

67% responden juga sangat bersetuju dan bersetuju jika perokok dewasa diberi hak untuk mengakses maklumat mengenai produk alternatif bebas asap agar dapat membuat pilihan yang tepat.

Pilihan berada di tangan para perokok. Untuk hidup yang lebih tenang, beralih ke produk alternatif bebas asap yang ada di pasaran atau cuba sedaya upaya untuk berhenti terus daripada merokok. Semoga berjaya!