Tular sejak beberapa bulan lalu mengenai seorang lelaki yang dilaporkan sekadar tidur dalam Proton Wira beliau semata-mata demi melangsaikan hutang yang ditanggung secepat mungkin.

Menanggung hutang sebanyak RM1.2 juta hasil daripada pelaburan yang melibatkan pelbagai individu membuatkan beliau tidak senang hati sekaligus memilih untuk melangsainya mengikut keupayaan beliau.

Baca Juga:

Siapa sangka, usaha beliau hampir 2 tahun terbalas apabila doa beliau dimakbulkan apabila perkongsian terbaru beliau menerusi TikTok @AriffPeter memaklumkan hutang beliau bakal langsai dalam tempoh dua minggu lagi.

@ariffpeter

Terima kasih rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 Juta. . Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka. . Dulu tinggal dalam kereta, Allah gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle nak makan, sekarang Allah bagi banyak pilihan nak makan. Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai. . Alhamdulillah, what a great journey for me. Allah Maha Besar ❤️

♬ Tanpa Rasa Bersalah – Fabio Asher

Perkongsian ringkas yang dibuat nyata memberi inspirasi kepada para netizen mengenai usaha keras yang dilakukan beliau. Tidak kurang juga netizen yang memaklumkan segelintir individu yang seolah sengaja tidak hutang meskipun mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

Sumber: TikTok @AriffPeter
Sumber: TikTok @AriffPeter
Sumber: TikTok @AriffPeter

Selain itu, terdapat juga netizen yang mahukan tip daripada beliau untuk melangsaikan hutang sehingga 7 angka dalam tempoh yang singkat.

Lebih menggembirakan, Ariff Peter turut mendedahkan akhirnya beliau mempunyai kediaman yang selesa untuk didiami selepas dua tahun berhempas-pulas.

@ariffpeter

Alhamdulillah, tak pernah aku bayangkan rezeki macamni Allah kurniakan kepada aku. Hampir 2 tahun duduk dalam kereta, tak sangka Allah gantikan dengan kondo mewah macam ni 🥹 . Terima kasih @finfixer.mortgage kerana bagi saya peluang untuk partnership business bersama 🤝💯

♬ suara asli – Unekunekmu – Unekunekmu

Didoakan semoga urusan Ariff Peter untuk melangsaikan hutang sepenuhnya dalam tempoh dua minggu ini dipermudah sekaligus dapat memberi ruang kepada beliau untuk berehat serta berkongsi langkah penyelesaian hutang kepada lebih ramai individu.