Sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang khususnya bitcoin, pastinya anda cukup tahu bulan ini boleh dikatakan menjadi bulan paling meriah dalam industri kriptowang.
Hampir kesemua kriptowang melonjak dengan pantas membuatkan sejumlah besar pelabur awal berjaya mengajut keuntungan. Industri kriptowang pada bulan lalu dimeriahkan lagi dengan berita Tesla berjaya membeli bitcoin berjumlah $1.5 bilion membuatkan harga kriptowang ini terus melonjak hasil kepercayaan orang ramai.
Berjaya mencecah RM259,000 beberapa hari lalu, beberapa penganalisa memaklumkan Tesla kini sudah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $1 bilion (RM4.04 bilion) hasil pembelian bitcoin sewaktu harga lebih rendah.
Sebagai rekod, pelaburan yang dibuat Tesla pada bulan lepas sudah berjaya mengaut keuntungan lebih tinggi berbanding keuntungan penjualan kereta Tesla sepanjang tahun 2020.
Di sebalik berita positif yang dikongsikan Elon Musk sepanjang beberapa bulan terakhir ini, tweet beliau pada 20 Februari lalu mungkin memakan diri beliau dan pastinya para pelabur apabila beliau memaklumkan harga bagi bitcoin dan ethereum seakan tinggi setakat ini.
That said, BTC & ETH do seem high lol
— Elon Musk (@elonmusk) February 20, 2021
Seperti ciapan beliau sebelum-sebelum ini, harga bitcoin dilaporkan terus jatuh dengan mendadak. Setakat ini bitcoin berada pada paras terendah sepanjang minggu dengan harga sekitar RM216,000 setakat artikel ditulis.
Ketahui lebih lanjut mengenai kisah pelaburan Tesla sebanyak RM6.09 bilion dengan klik pautan di bawah.
Baru Sahaja ‘Melabur’ RM6.09 Bilion, Tesla Dijangka Terima Bitcoin Sebagai Tukaran Pembelian Kereta
‘Terbuang’ Bitcoin Bernilai RM887 Juta, Lelaki Ini Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ia Dijumpai Semula