Seperti yang ramai sedia maklum, tahun-tahun kebelakangan ini jelas merupakan tahun yang sukar buat orang ramai akibat kehadiran pandemik COVID-19. Terdapat individu yang kehilangan pekerjaan dan terdapat juga kumpulan yang terpaksa menerima gaji yang lebih rendah.
Insiden yang tidak disangka ini turut menjemput pihak kerajaan untuk memperkenalkan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra dalam usaha untuk memudahkan para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang caruman untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian.
Dilaporkan langkah yang dilakukan pencarum walau bagaimanapun telah membuatkan para pencarum berumur 55 tahun dan ke bawah mempunyai jumlah simpanan persaraan yang rendah sekaligus tidak cukup untuk menanggung persaraan kelak.
Menurut Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, impak COVID-19 telah membuatkan pihak mereka menjangkakan sekitar 3% sahaja pencarum yang mampu bersara dengan selesa.
Tambahnya lagi, menjelang akhir tahun ini, 54% pencarum berumur 54 tahun dan ke bawah mempunyai jumlah caruman kurang daripada RM50,000 dalam akaun simpanan.
Berdasarkan isu yang berlaku, pihak mereka turut meluahkan rasa simpati dan berharap pengeluaran yang dilakukan sekaligus dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi akibat COVID-19.
Sebagai rekod, 80% lelaki dan 90% wanita di Malaysia berpeluang mencecah umur 60 tahun manakala satu per tiga lelaki serta dua per tiga wanita mampu mencapai umur 80 tahun.
Melihat kepada jumlah umur persaraan yang mungkin tidak akan dinaikkan, berkemungkinan besar ramai pencarum yang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk hidup pasca persaraan.
Tular pada minggu ini apabila pasangan ini memaki hamun pihak pengawal keselamatan selepas tidak menjaga anak mereka yang ditinggalkan di meja pengawal.
Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan, Tindakan Pasangan Ini Raih Perhatian Netizen
‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Tikam Orang Ramai Hingga 17 Penumpang Tercedera