Hidup hanyalah sekali, boleh dikatakan ramai orang yang berpegang dengan kata-kata tersebut dan melakukan banyak hal yang luar biasa untuk kepuasan diri.

Itulah yang dilakukan oleh pemuda ini apabila menyamar sebagai technician cuba menyelinap masuk ke dalam pesta Sneakerlah yang dianjurkan di Mid Valley Megamall baru-baru ini.

@riqkenobi

hidup cuma sekali #fypシ #fyp #sneakerlah2022 #sneakerlah #xyzbca

♬ original sound – datboi ariq – datboi ariq

Menerusi video terbabit, mereka berjaya lolos ke dalam pesta dan menikmati konsert ketika penganjuran pesta tersebut. Malah, mereka juga berdepan detik cemas apabila hampir kantoi menyamar sebagai technician dan tidak memiliki pas masuk.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan tindakan berani pemuda terbabit yang menyamar untuk menyelinap masuk ke dalam pesta sneaker terbesar itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tertanya-tanya di mana mereka meletakkan tangga tersebut selepas berjaya masuk ke pesta terbabit. Malah, segelintir netizen juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka kerana bimbang akan ada yang mengikut jejak langkah mereka dan mencetuskan permasalahan kelak.

Sekadar makluman, selepas 2 tahun terhenti disebabkan COVID-19, pesta Sneakerlah ini telah berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Netizen Tegur Tindakan Keluarga Ini Bentang Tikar Dan ‘Berkelah’ Di KLIA

Duduk Kondominium Mewah Tapi Mohon Bantuan Zakat, Siasatan MAIWP Ini Bongkar ‘Sisi Gelap’ Segelintir Pemohon