Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makanan di restoran pada harga berpatutan, kerajaan telah melancarkan inisiatif Menu Rahmah secara rasmi semalam.
Lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40. Untuk pengetahuan anda, MYDIN juga terlibat dengan inisiatif ini dan mari kami kongsikan menu berbeza yang ditawarkan oleh MYDIN setiap hari.
Baca Juga:
- 5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara
- ‘Lauk Banyak Dan Murah’- Lelaki Ini Terkejut Dengan Harga Nasi Kerabu Bawah RM10 Di Kelantan
- 8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba
Isnin
Untuk hari Isnin, set makanan yang ditawarkan adalah nasi putih, ayam masak kicap bersama kacang panjang goreng serta disertakan dengan air minuman 500ml.
Selasa
Pada hari Selasa pula, set makanan yang ditawarkan adalah nasi putih, ikan kembung goreng bersama tauge masak lemak serta air minuman 500ml.
Rabu
Manakala pada hari Rabu pula, set makanan yang ditawarkan adalah nasi putih, ayam goreng kunyit dan bayam goreng disertakan dengan air minuman 500ml.
Khamis
Set makanan yang ditawarkan pada hari Khamis adalah nasi putih, sambal ikan dan juga kubis goreng serta air minuman 500ml.
Jumaat
Pada hari Jumaat, set makanan yang ditawarkan mengandungi nasi putih, kari ayam dan tauge goreng beserta dengan air minuman 500ml.
Sabtu
Pada hari Sabtu pula, menu yang ditawarkan adalah nasi putih, ikan masak kicap dan kangkung goreng belacan serta lengkap dengan air minuman 500ml.
Ahad
Set makanan yang ditawarkan pada hari Ahad adalah nasi putih, ayam sambal dan kubis goreng serta air minuman 500ml.
Setiap set makanan dijual dengan harga RM4.90 sahaja dan anda boleh dapatkan makanan yang enak serta berjimat. Pelanggan boleh dapatkan set makanan ini di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.