Taman tema air mini, Berangan Aqua Park dibina berlandskapkan suasana desa di Kampung Permatang Berangan dan kira-kira 20 minit dari bandar Sungai Petani.

Baru-baru ini, taman tema air mini menjadi perhatian ramai apabila dilaporkan menetapkan syarat bahawa hanya pengunjung yang beragama Islam boleh masuk ke sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan berasa polisi tersebut bersifat diskriminasi. Malah, segelintir netizen berasa hairan mengapa polisi itu diletakkan.

Susulan itu, Pengurus Berangan Aqua Park , Mohd Fikri Mohd Fadzil mengesahkan taman itu hanya menerima pengunjung beragama Islam kerana tempatnya yang kecil dan kebanyakan penduduk tempatan di kawasan Kuala Muda adalah beragama Islam.

Tambahnya, pihak syarikat meletakkan syarat masuk untuk Muslim sahaja adalah untuk menghalang pengunjung daripada memakai pakaian renang yang bertentangan dengan sentimen masyarakat setempat.

Walau bagaimanapun, taman tema air tersebut terbuka kepada semua pengunjung tanpa mengira bangsa dan agama di bawah tempahan berkumpulan kerana mudah untuk diuruskan.

Sekadar makluman, harga tiket ke Berangan Aqua Park ini hanyalah RM9 untuk dewasa dan kanak-kanak, manakala kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah, masuk percuma.